my happy family

my happy family

Friday, June 17, 2011

HAPPY FATHER'S DAY!!

hujung minggu ni kite semua akan menyambut Hari Bapa..seorang insan yang bertanggungjawab membesarkan kite semua..dari segala segi..pelindung kepada keluarga...sikit jumlahnya yang mengucapkan terima kasih kepada bapa, berbanding ibu...tidak dinafikan sering kali golongan bapa berkecil hati..terutama sekali bagi ibu bapa yg berpisah..namun sebagai anak tanggungjawab kita membahagiakan kedua ibu bapa walau bagaimana keadaannya mereka sekalipun...setiap kali lepas solat jangan lupa untuk mendoakan mereka...

Buat suami tercinta,
Terima kasih atas apa yang telah abang usahakan untuk kebahagiaan keluarga kita..mungkin Ummi harus rasa bangga dengan apa yang kita telah ada sekarang..Kita akan sama2 mengajar anak kita dengan nilai-nilai murni yang sempurna...menjadi anak yang solehah serta yang akan selalu mendoakan kita...yang akan menjaga kita sebagaimana kita telah menjaga mereka..InsyaAllah..sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita untuk mencorak mereka ke arah apa yang kita harapkan...semoga harapan & impian kita menjadi realiti dan satu hari nanti kita mampu tersenyum dan berkata, "Dialah anak kita.."

Suami tercinta,
Ummi juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Bapa..semoga dengan ucapan ini, abang lebih bersemangat untuk lebih berusaha dan berjaya..untuk keluarga kita juga...Dan juga wakil kepada anak2 yang belum tahu tarikh apakah ini yang sedang kita ucapkan..tp pastinya mata suci mereka sering menyatakan abang sebagai bapa terbaik...bapa yang bertanggungjawab kepada mereka..apabila ketakutan, abang yang mendakapnya..yang apabila terjatuh, abang menyambutnya...yang apabila menangis abang memujuknya...yang apabila lapar abang telah menyuapnya...tersangat prihatinnya abang kepada keperluan anak2 kita...sikit pun tidak abang biarkan anak2 terasa kekurangan...sehingga bila abang tiada, mereka terasa kehilangan...

akhir kata, semoga apa yang kita miliki ini kekal sehingga ke hujung nyawa dan ke Syurga hendakNYA..

tiada apa yang ibu bapa harapkan selain dari ini;

No comments:

Post a Comment